GBRA Constitutions 2020 April (Bahasa) Perlembagaan Pertubuhan – PPM-010-10-30062005 (Approved 2020-04-22)
The Constitutions for;
The Residents Association of Bukit Gita Bayu Seri Kembangan, Selangor.
(PPM-010-10-30062005)
2020 APRIL
1 NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN PENDUDUK BUKIT GITA BAYU, SERI KEMBANGAN, SELANGOR
Selepas ini disebut “Pertubuhan”.
2 TEMPAT URUSAN
Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah 2 JALAN BAYU 1, BUKIT GITA BAYU,
SERDANG, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR DARUL EHSAN.
atau di tempat lain atau di tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke
semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat ialah 2 JALAN BAYU
1, BUKIT GITA BAYU, SERDANG, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR
DARUL EHSAN.
Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah
tanpa kebenaran Pendaftar Pernubuhan terlebih dahulu.
3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
Pertubuhan mempunyai suatu lambang dengan maksudnya adalah seperti berikut:
Rekabentuk yang berupa orang, melambangkan penduduk-penduduk di Bukit Gita
Bayu yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum iaitu Bumi, Cina, India dan lainlain.
Rekabentuk yang berwarna merah melambangkan keceriaan dan sikap peramah
penduduk-penduduk di Bukit Gita Bayu.
Rekabentuk yang berwarna biru melambangkan keikhlasan penduduk-penduduk di
Bukit Gita Bayu.
Rekabentuk yang berwarna kuning melambangkan kemewahan pendudukpenduduk
di Bukit Gita Bayu.
Rekabentuk yang berwarna hijau melambangkan rasa cinta alam sekitar pendudukpenduduk
di Bukit Gita Bayu.
4 TUJUAN/MATLAMAT
Tujuan dan matlamat Pertubuhan adalah seperti berikut:
4.1.1 UNTUK MENINGKATKAN KEBAJIKAN AHLI DAN MENJAGA
KEPENTINGAN AHLI SECARA KESELURUHAN
4.1.2 UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN, KESELAMATAN,
KETENTERAMAN DAN PENYELENGARAAN KAWASAN BUKIT GITA BAYU
4.1.3 UNTUK MENGADAKAN MESYUARAT DAN PERBINCANGAN DENGAN
PIHAK PEMAJU DAN PIHAK PENGURUSAN BUKIT GITA BAYU SERTA WAKILWAKIL
DARI KERAJAAN TEMPATAN, BADAN BERKANUN DAN / ATAU PIHAK
KORPORAT UNTUK MENCAPAI MATLAMAT 4.1.1 DAN 4.1.2 SEPERTI DI ATAS.
4.1.4 UNTUK MENINGKATKAN MUTU HIDUP DI GITA BAYU MELALUI CARACARA
BERIKUT:
4.1.4.1 MENINGKATKAN PEMIKIRAN SIVIK DAN KESEDARAN EKOLOGI DAN
ALAM SEKITAR.
4.1.4.2 MEMUPUK INTEGRASI DI KALANGAN PENDUDUK PELBAGAI KAUM
MELALUI PENDIDIKAN, KEBUDAYAAN, REKREASI DAN ACTIVITI SOSIAL.
4.1.5 UNTUK MENGEDARKAN MAKLUMAT BERKENAAN BUKIT GITA BAYU
MELALUI NOTIS, RISALAH, MAJALAH DAN SEBAGAINYA KEPADA AHLI-AHLI
MENGENAI FASAL 4.1.1 HINGGA 4.1.4 DAN MELALUI KELULUSAN YANG
TERTENTU DARIPADA PIHAK BERKUASA BERKENAAN.
5 KEAHLIAN
5.1 Keahlian adalah dibuka kepada penduduk-penduduk rumah di Gita Bayu, Seri
Kembangan, yang umurnya tidak kurang daripada 18 tahun dan terhad kepada satu
(1) keahlian sahaja untuk tiap-tiap satu alamat di Bukit Gita Bayu. KEAHLIAN JUGA
DIBUKA KEPADA WARGANEGARA BUKAN MALAYSIA.
5.2 Tiap-tiap kediaman adalah layak diwakili oleh 1 ahli sahaja.
5.3 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh
dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan
permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.
Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa
memberi sebab-sebabnya.
5.4 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut
di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama
seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai
ahli.
5.5. Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli
Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib
Canselor Universiti yang berkenaan.
6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
6.1 Bayaran masuk dan yuran adalah seperti yang berikut:
Bayaran Masuk: RM30.00 (Tiga Puluh sahaja)
Yuran Tahunan: RM30.00 (Tiga Puluh sahaja)
Walau bagaimanapun, Bayaran masuk dan yuran atau yuran khas yang perlu akan
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertubuhan semasa dan hendaklah diluluskan oleh
suatu mesyuarat agung ahli-ahli.
6.2 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam
tempoh 14 hari dari awal tiap-tiap tahun
6.3 Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) bulan akan
menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan
hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah
dijelaskan.
6.4 Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3)
bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan
Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil
terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima
kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
6.5 Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi
sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
6.6 Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu
boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli
yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan
maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang.
7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
7.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah
memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan
menjelaskan segala hutangnya.
7.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau
bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh
dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang
difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau
menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebabsebab
bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga
hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.
Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat
agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
8 MESYUARAT AGUNG
8.1 Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.
Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi
atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah
hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan
mencukupi korum untuk mesyuarat.
8.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada
suatu tarikh tidak lebih daripada 30 hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan
jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir
menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan
Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
8.3 Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam
tempoh 12 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh,
masa, dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung
Tahunan adalah:
8.3.1 mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan
yang lalu
8.3.2 mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah
diaudit
8.3.3 memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
8.3.4 menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu
8.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya
14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu Notis mesyuarat
termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata
kewangan Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumendokumen
ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat
urusan Pertubuhan.
8.5 Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
8.5.1 bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
8.5.2 atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu
perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan
dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha
Pertubuhan.
8.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada
satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan
mesyuarat itu.
8.7 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah
diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari
sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
8.8 Fasal 8.1 dan 8.2 di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas,
tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu
yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu,
maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh
ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama
tidaklah boleh diadakan.
8.9 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit
Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan
setelah selesainya mesyuarat itu.
8.10 Setiap ahli boleh melantik seorang Proxy yang juga ahli Pertubuhan ini bagi
mewakili ahli tersebut dan menghadiri Mesyuarat Agung. Proxy ini berhak untuk
mengundi di dalam Mesyuarat Agung sebagai wakil ahli yang melantiknya.
Perlantikan Proxy mesti dibuat dengan borang Pertubuhan and hanya sah bagi
sesuatu mesyuarat sahaja. Pertubuhan ini bertanggungjawab memeriksa borang
pewakilan ini and berhak menolak permohonan yang tidak megikuti peraturan.
Keputusan Pertubuhan adalah mutlamat dan Pertubuhan tidak akan melayani
sebarang bantahan. Seorang Proxy hanya boleh mewakili sebanyak tiga (3) ahli
sahaja dalam sesuatu mesyuarat.
9 JAWATANKUASA
9.1 Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan
hendaklah dipilih Dua Tahun Sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
9 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
9.2 Pemegang-pemegang jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada
Warganegara Malaysia. Ahli Jawatankuasa pertubuhan ini boleh terdiri daripada
warganegara bukan Malaysia yang tinggal di Bukit Gita Bayu, tetapi terhak kepada
jawatan Ahli Jawatankuasa Biasa sahaja.
9.3 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta
disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula Dua Tahun
Sekali. Jawatankuasa yang sudah sah dilantik boleh berkhidmat sehingga 2 tahun.
Keputusan ini perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Agung tahunan dimana
Mesyuarat Agung boleh memutuskan samada Jawatankuasa tersebut terus
berkhidmat pada tahun seterusnya atau perlantikan perlu dilakukan semula untuk
semua jawatan atau jawatan-jawatan yang tertentu sahaja. Justerunya, perlantikan
juga boleh dilakukan bagi jawatan-jawatan yang dikosongkan (samada atas sebab
perletakan jawatan atau perhentian).
9.4 Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan
Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung.
Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan
dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung.
Jawatankuasa hendalah mengemukakan laporan berkenaan kegiaatannya dalam
tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
9.5 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 Kali dalam
setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli
Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak
kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil
supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurangkurangnya
setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir
bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
9.6 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa
dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat
pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan
sebelum keputusan Jawatankuasa
9.6.1 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.
9.6.2 Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan
9.6.3 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan
yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada
mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.
9.7 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan.
9.8 Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan,
calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu
hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang
sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa
melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung
Tahunan
9.9 Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawaipegawai
lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan
kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan
jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan,
curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana
sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
9.10 Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak
dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
9.11 Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen
Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata
Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit,
geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.
9.12 Ahli Jawatankuasa pertubuhan ini semestinya tidak mempunyai sebarang
pembayaran caj perkhidmatan (service charge) Bukit Gita Bayu sebanyak atau
lebih dari tiga (3) bulan (bersamaan 90 hari), dan/atau mempunyai sebarang
tindakan atau rayuan undang-undang yang sedia-ada di mahkamah yang berkaitan
dengan pembayaran caj perkhidmatan tersebut. Mana-mana Ahli Jawatankuasa
yang gagal mematuhi undang-undang fasal ini, sama ada yang sedang memegang
jawatan dalam Jawatankuasa ini atau yang bakal dilantik menjadi Ahli
Jawatankuasa ini dikehendaki meletak jawatan atau dipecat jawatannya sertamerta.
10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
10.1 Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi
pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia
mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit mesyuarat bila ia
diluluskan. Ia hendaklah menandatangani cek Pertubuhan dan bersama-sama
dengan Bendahari.
10.2 Timbalan Pengerusi hendaklah memangku tugas Pengerusi semasa
ketiadaannya.
10.3 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut
perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung
dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat
dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun
dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang
mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan
tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan
alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat
dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani cek Pertubuhan
dan bersama-sama dengan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari
dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan
Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di
bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1996.
10.4 Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerjakerjanya
dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
10.5 Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata
kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan
serta kunci kira-kira. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan
bersama-sama dengan Pengerusi atau Setiausaha.
10.6 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam
menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
11 KEWANGAN
11.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini
wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran
gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta
upah juruaudit. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk
membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
11.2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 500.00
(Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari
jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.
11.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan dan kirakira
hendaklah ditandatangani oleh Bendahari bersama satu dari dua pegawai
Jawatankuasa tersebut dibawah:
1. Pengerusi
2. Setiausaha
11.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu
Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih
dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 20,000.00
(Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan
tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM
5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa
boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
11.5 Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan
diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 12 perlembagaan ini dengan
seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah
diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk
diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut
hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
11.6 Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu
bermula dari 1 Januari.
12 JURUAUDIT
12.1 Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam
Mesyuarat Agung sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan ini boleh
dilantik semula. Tempoh jawatan and perlantikan adalah mengikuti Fasal 9.3.
12.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi
setiap tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata
kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung . Mereka juga
dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan
Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan
membuat laporan kepada Jawatankuasa.
13 PENGAMANAH
13.1 Tiga Orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah
dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang
dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan
diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed
of Trust).
13.2 Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik
harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang
diberikan oleh mesyuarat agung Pertubuhan.
13.3 Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh
mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di
dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat
menjalankan tugasnya atau perkerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku
kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi Seseorang Pengamanah
maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru yang
dilantik di dalam mesyuarat agung.
14 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
14.1 Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh
memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu,
boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.
14.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar
yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahliahli
adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
15 PENASIHAT/PENAUNG
Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi
Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu
menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
16 LARANGAN
16.1 Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi
Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.
16.2 Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa
cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil
peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan
Pekerja 1959.
16.3 Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahliahli
atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa
atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.
16.4 “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan
1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
17 PINDAAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.
Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung
yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh
pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
18 PEMBUBARAN
18.1 Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela melalui persetujuan tidak
kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi
dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.
18.2 Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas,
maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undangundang
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan
mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung yang berkenaan.
18.3 Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
LAMPIRAN
1. Bendera
–
2. Lambang
–
3. Lencana
–